DATO MAHARAJA LELA


Tokoh Pilihan:Dato Mahraja Lela

Sejarah Tokoh






Nama sebenar beliau adalah Pandak Lima Bin Machang Lela Tok Mahmud . Dato Maharaja Lela juga merupakan seorang penghulu di Pasir Salak Maharaja Tun Jana Putra
Beliau tidak mahu menjadi pencacai British , sebaliknya dengan penuh strategi dan umpamanya mempertahankan sistem tradisional di Perak yang diganggu gugat oleh pihak British melalui pengenalan Sistem Residen
Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh yang dianggap berwibawa dan begitu dihormati oleh penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur rancangan menghalang pertapakan British telah mengundang ramai pengikut, bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang asli sendiri, antaranya Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch.

Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir dalam dirinya. Ketika penentangan dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan ketinggian keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa yang boleh memancung tanpa bertanya.

 Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan bangsawan dan rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan tercatat dalam buku sejarah sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim. Perancangan beliau ternyata licik sehingga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA