NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN



ETNIK difenisikan sebagai satu kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama iaitu dari aspek adat resam,bahasa,pakaian dan kegiatan ekonomi.

Konsep-Konsep dalam Hubungan Etnik

a) Prejudis
⇒ Pandangan negatif terhadap kelompok etnik yag lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat

b) Stereotaip
   ⇒Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu

c)Diskriminasi
  ⇒ Perbuatan membeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik

d)Etnosentrik
 ⇒ Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu.

e)Etnosentrisme
 ⇒Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya mereka lebih baik daripada etnik lain

f)Ras
⇒ Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit,rambut dan mata.

g)Rasisme
 ⇒Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berasaskan ciri-ciri fizikal.

h)Bangsa
⇒Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah,tradisi dan budaya,bahasa serta agama.




          Tahap Hubungan Etnik di Malaysia :

            SEGREGASI 
          ⬇
             AKOMODASI
          ⬇
            AKULTURASI
           ⬇
          ASIMILASI
           ⬇
              AMALGAMASI

1.Segregasi
Tahap hubungan antara kaum atau etnik di Tanah Melayu bersifat terpisah dari aspek tempat tinggal,sistem pendidikan,pekerjaan dan pergaulan.

2.Akomodasi
Etnik menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya masing-masing.

3.Akulturasi 
Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam individu atau kelompok dari budaya yang lain.

4.Asimilasi 
Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama.

5.Amalgamasi
Budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya yang baharu seperti perkahwinan campur antara etnik atau kaum.


Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

  • Perpaduan ialah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal,sosial,ekonomi dan politik.
  • Didefinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasindalam sesebuah unit politik.
  • Integrasi melibatkan semua penyatuan termasuk biologikal

Masalah -Masalah Awal Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia




Rusuhan Kaum 13 MEI 1969
-Rusuhan kaum berlaku antara kaum Melayu dan kaum Cina
-Tragedi berlaku selepas pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan.
-Perarakan provakatif dari kedua-dua pihak didapati telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawa kepada titik hitam dalam sejarah negara.




Tindakan yang diambil akibat peristiwa 13 MEI 1969


1) Pengisytiharan Darurat
  • Tunku Abdul Rahman menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • YDPA diberi kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan.
2) Pembentukan Mageran
⏩Bertujuan mengambil alih tugas Parlimen untuk sementara waktu

⏩Fungsi MAGERAN
a. Pengembali keamanan dan undang-undang Negara 
b. Penentu Pentadbiran yang licin dan sempurna
c. Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

⏩MAGERAN berjaya mengembalikan keamanan kepada negara, Kerajaan berparlimen dikembalikan semula pada 23 Februari 1971.

3) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara (MMN)

       JPN
  • Ditubuhkan pada tahun 1969 dan diketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie 
  • Tujuan adalah untuk mengadakan keselarasan dengan ideologi negara serta menuju ke arah perpaduan negara.
  • Mendrafkan satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun Negara

     MMN
  • Diwartakan pada 18 Julai 1969
  • Memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum
  • Mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham
  • Membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela
  • Pada 1 Januari 1972,MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

4) Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN )
  • Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk memupuk identiti kebangsaan  dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Dianggotai oleh wakil-wakil dari MAGERAN, kerajaan negeri, parti politik, Sabah dan Sarawak, kumpulan agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja dan persatuan majikan, akhbar, guru-guru dan kelompok minoriti
  • Bertanggungjawab terhadap pembentukan ideologi Negara iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan

Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara Bangsa 
a)Memberi galakan kepada penduduk berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain
b)Penyeragaman Sistem Pendidikan (melalui dasar-dasar pelajaran)
c)Peranan media massa 
d)Integrasi ekonomi
e)Penyatuan fahaman politik

Prinsip-Prinsip Rukun Negara
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan 
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan 



Prepared by :Fatin Najwa

Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA