Posts

Showing posts from September, 2017

PNP Bab 1 Sejarah Awal Negara #THROWBACK

Image
ASSALAMUALAIKUM , pada hari ini saya ingin mengimbas kembali (FLASHBACK) mengenai bab 1 Sejarah Awal Negara . Tugasan ini diberi secara berkumpulan yang terdapat tiga ahli . Saya memilih Kerajaan Selangor dalam tugasan tersebut . Terdapat beberapa isi penting di Kerajaan Selangor iaitu : (A)  Pada bulan Mei 1745 Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada Opu (gelaran bangsawan bugis lima bersaudara ) yang berpengaruh di Johor telah mangkat . Beliau meninggalkan dua       orang Putera Iaitu , Raja Haji dan Raja Lumu . (B) Pada bulan Mei 1766 Raja Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor dengan  gelaran Sultan Salahuddin Shah mendapat pengiktirafan daripada Sultan Mahmud . (C)  Daeng Marewah adalah saudara paling tua Bugis 5 bersaudara daripada Makassar , Sulawesi yang datang ke johor . Beliau dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau - Johor yang pertama (1722-1728) . Beliau mengambil gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah Din Opu (gelaran bangsawan bugis lima

LAPORAN PEMBAHAGIAN SOALAN DAN POWER POINT

Image
Hello asalamualaikum , pada tarikh 28.7.2017 puan telah memberi arahan dan tugasan kepada kami di bilk TECC. Tugasan tersebut ialah membina soalan bab 3 iaitu Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran . Kami telah membahagikan topik ini kepada ahli kumpulan kami. Setiap seorang ahli  kumpulan ini perlulah membuat 8 atau 9 soalan dalam bab 3 dan salah seorang wakil kumpulan perlulah menghantar ke cidos . Ini Adalah contoh soalan yang dibina . Tugasan ini  ialah tugasan bab 2 iaitu powerpoint yang perlu disiapkan oleh setiap individu.                               Ini adalah contoh power point salah seorang ahli kumpulan kami Prepared by : Amira Rahman & Wong

CERAMAH PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Image
CERAMAH PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN Alumni memberi penerangan tentang aktiviti amal di Sabah dan Vietnam yang telah mereka sertai sebelum memulakan ceramah. Mereka telah di temuduga untuk pergi ke sana dan mereka sangat berbangga kerana mereka terpilih. Setelah itu, Professor telah sampai dan bermulalah sesi taklimat. Sebelum saya mengulas apakah yang telah dibincangkan, saya ingin mengemukakan biodata beliau. Nama penuh : Dr Haji Hafidzi Mohd Noor Umur ; 56 tahun Berasal :   Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Berkelulusan : PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) Bertugas : Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia Perkahwinan : Hajjah Zuraidah Kornain (isteri) dan dikurniakan tiga orang cahayamata Jawatan yang pernah di sandang :  Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2

LAPORAN SESI AWAL PEBELAJARAN

Image
KELAS AWAL SELEPAS MASUK KE POLITEKNIK Ini adalah kelas kedua kami semasa kami baru sahaja masuk ke dalam Politeknik Metro Johor Bharu. Pensyarah kami, Puan Hafizah Ahmad menerangkan cara penggunan cidos dan kami belajar melalui cidos. Proses pengajaran dan pembelajaran sangat mudah difahami kerana pensyarah kami menerangkan secara terperinci untuk kami. p/s : first first masuk takut lagi nak ambik gambar tu yang ade satu je huhuhu prepared by : Amira Fathiah

PERSEDIAAN UNTUK PENILAIAN

Image
PERSEDIAAN UNTUK PENILAIAN Pada 5 Julai 2017, Puan Hafizah menyuruh kami untuk membaca nota yang telah dipelajari untuk penilaian yang akan datang supaya kami bersedia dan mendapat keputusan yang bagus. Sesetengah pelajar berbincang dan ada juga yang membaca nota didalam cidos. prepared by : Amira Fathiah

LAPORAN PEMBENTANGAN VIDEO

Image
Assalamualaikum saya Iffah Sofiya salah seorang daripada group tanah warisan ingin berkongsi serba sedikit tentang pnp yang telah diajar oleh pensyarah kita sendiri iaitu Puan Hafizah Binti Ahmad di bilik Tec 2. Pada hari tersebut setiap kumpulan perlu membentangkan tentang hasil kerja mereka sendiri iaitu video tokoh dan video yang ketika di muzium yang telah dihasilkan oleh setiap ahli kumpulan. Berikut adalah kumpulan yang pertama yang membentangkan tentang video yang telah disiapkan untuk ditunjukkan kepada pensyarah     Pembentangan Kumpulan 2  Pembentangan Kumpulan 3 Seterusnya kumpulan kami pula membentangkan tentang hasil kerja kami dan video untuk ditunjukkan kepada Puan Hafizah . Dengan itu kami tahu apa kesilapan yang telah kami lakukan untuk dikemaskinikan semula supaya video kami dapat memuaskan dan menepati keinginan yang disuruh.                                                                                                  

PERSIAPAN TERAKHIR MENGEMASKINI BLOG & VIDEO KAMI

Image
Hi harini ahli kumpulan kami telah berkumpul di perpustakaan untuk mengemas kini blog dan video kami dalam keadaan baik dan teratur . Setelah diberikan teguran dan cadangan oleh Puan hafizah kami telah mengubah sedikit dan menambah baik video dan blog kumpulan kami . Kami memberikan tugasan kepada beberapa ahli kumpulan  untuk menyiapkan blog dan video kami mengikut masa yang diberikan.  Ini adalah persiapan terakhir kami sebelum dihantar dan diberikan markah oleh Puan Hafizah . Prepared by: Nur Amira                     

LAPORAN PNP BAB 7 ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

Image
Hai  kawan-kawan, pada 19 sept 2017, kami belajar mengenai bab 7 iaitu Isu-isu Keprihatinan Negara. Kami melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik TEC 2. Hari ini, kami membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia dan dasar luar kerajaan Malaysia. Untuk pengetahuan anda, objektif utama Dasar Luar Negara adalah memperlihatkan komitmen negara dalam menjaga keamanan dan kestabilan Malaysia. Isu-isu keprihatinan negara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, dasar luar Malaysia, pembangunan alam sekitar dan pembangunan insan. Hal ini kerana aspek aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa akan datang. Kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai KOMANWEL iaitu Pertubuhan Negara Negara Bekas Jajahan British. Hasil penubuhan KOMANWEL Malaysia mendapat banyak faedah seperti pembangunan sektor pendidikan, pertahanan, ekonomi, teknologi dan sebagainya. Matlamat utama penubuha

BIODATA TOKOH PILIHAN KAMI :DATO MUHAMMAD BIN MAHBUB

Image
                                                                                                   Dato Muhammad Bin Mahbub (1920-1922)          Dato Muhammad Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852.Beliau mendapat pendidikan rendah Melayu dan Inggeris.Ketika berumur 20 tahun,beliau berkhidmat dengan kerajaan Negeri-Negeri Selat di Singapura.Atas permintaan Sultan Abu Bakar,beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor. Beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan di Negeri Johor sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1902 dan akhirnya ke jawatan Menteri Besar pada 1920. Pendidikan Melayu dan Inggeris telah berkembang pesat di Johor pada akhir abad ke-19.Pada tahun 1833,Johor telah menubuhkan Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Dato Bentara Dalam Mohamad Ibrahim.Munsyi Bin Abdullah dan dibantu oleh Muhammad Bin Mahbob.Pada tahun 1885,beliau dilantik menjadi Inspektor Sekolah-Sekolah Johor.  Daripada seorang Inspektor pendidikan , beliau diberi kepe

LAPORAN P&P PEMBANGUNAN NEGARA

Image
Pada pukul 2 petang bertempat di Tec 2, kami belajar bab 4 mengenai Pembangunan Negara Malaysia yang terdiri daripada rancangan dan visi pembangunan dan dasar-dasar utama Malaysia.Ringkasan nota bab ini telah kami update di blog sebelum ini. Pembelajaran yang terbaru yang kami pelajari ialah mengenai Latar Belakang Ekonomi.Latar belakang ekonomi terbahagi kepada tiga iaitu : SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT SISTEM EKONOMI CAMPURAN Slide yang dipaparkan di hadapan menerangkan tentang konsep pembangunan dan juga ciri-ciri pembangunan negara. - Pembangunan merangkumi segala bentuk tindakan atau aktiviti kerajaan yang bercorak pembangunan yang digubal secara satu pakej untuk memenuhi keperluan perancangan dan pelaksanaan sesuatu idea pembangunan. Menerangkan tentang kesan utama sistem dwi-ekonomi iaitu • Wujudnya jurang kemiskinan yang serius antara penduduk luar bandar dan di kawasan bandar

NOTA PEMBANGUNAN NEGARA

Image
DEFINISI DASAR Suatu kenyataan mengenai hasrat b agi mencapai sesuatu maksud atau kehendak . PEMBAHAGIAN DASAR DI MALAYSIA   A) Dasar berkaitan ekonomi negara - Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan. B) Dasar sosial dan etika kerja - Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur C) Dasar luar negara - Masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan              keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika. KEBUDAYAAN   Merupakan keseluruhan cara hidup manusia   • Bidang-bidang fikiran/idea, kebendaan (seperti senibina, pakaian, makanan ) • Kesenian (seperti lakonan dan seni tampak seperti ukiran) • Nilai dan norma (seperti undang2, adat resam, nilai agama dan kesopanan) DASAR BELIA NEGARA -Dasar Belia Negara dilaksanakan pada bulan Jun 1991 disebabkan jumlah belia adalah separuh daripada jumlah penduduk Malaysia - Dasar itu juga dikenali sebagai Program Induk Belia Negara

Nota Latar Belakang Ekonomi

Image
LATAR BELAKANG EKONOMI                      SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS Pihak Kerajaan tidak memainkan peranan dalam membuat keputusan ekonomi. Keputusan ekonomi dibuat oleh anggota masyarakat sendiri berdasarkan pasaran bebas. Amerika, Jepun, Perancis. SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT Segala masalah-masalah asas diputuskan oleh kerajaan. Kerajaan menentukan apa, siapa dan berapa barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. China, Korea Utara SISTEM EKONOMI CAMPURAN  Pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan. Pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk campur tangan seandainya ia melibatkan soal kepentingan negara dan kebajikan rakyat. Malaysia DASAR PECAH DAN PERINTAH Sistem Dwi-ekonomi:  • British memperkenalkan ekonomi moden dalam bidang perlombongan, pertanian dan perdagangan di kawasan bandar.  • British mengekalkan ekonomi tradisional di kawasan luar bandar terutama di kawasan timur Tanah Melayu dan di S

LAPORAN KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Image
Hari ini kami pelajari mengenai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional   Proses perpaduan merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan seperti fizikal,ekonomi, politik dan  sosial Perpaduan rakyat merupakan satu proses yg mesti dititikberatkn dlm penyusunan strategi pembangunan dan pentadbiran negara supaya  mampu kekal dan pertahankan kebebasan di samping majukn ekonomi sebagai sebuah negara berdaulat. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK  • Kumpulan manusia yg menetap bersama-sama di suatu tmpt dgn mengikut aturan dan cara tertentu & terdiri pelbagai  kaum atau bangsa yg berlainan. Proses-proses integrasi: SEGREGASI AMALGAMASI AKOMODASI ASIMILASI AKULTURASI Hari ini kami belajar mengenai kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia sejak zaman-zaman awal  iaitu topik 5. Pembelajaran kami diadakan di makmal komputer2 pada jam 2 hingga 5 petang . (29 ogos 2017)  -kedatangan kaum cina, india dan kaum-kaum lain ke tanah melay