NOTA PEMBANGUNAN NEGARA


DEFINISI DASAR
Suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.

PEMBAHAGIAN DASAR DI MALAYSIA 
A) Dasar berkaitan ekonomi negara - Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan.
B) Dasar sosial dan etika kerja - Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur
C) Dasar luar negara - Masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan              keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika.

KEBUDAYAAN 
Merupakan keseluruhan cara hidup manusia 
 • Bidang-bidang fikiran/idea, kebendaan (seperti senibina, pakaian, makanan )
• Kesenian (seperti lakonan dan seni tampak seperti ukiran)
• Nilai dan norma (seperti undang2, adat resam, nilai agama dan kesopanan)


DASAR BELIA NEGARA
-Dasar Belia Negara dilaksanakan pada bulan Jun 1991 disebabkan jumlah belia adalah separuh daripada jumlah penduduk Malaysia

- Dasar itu juga dikenali sebagai Program Induk Belia Negara.

TUJUAN UTAMA DBN 
Menjadikan belia sebagai teras integrasi nasional & benteng pertahanan ekonomi & sosiopolitik negara. 

STRATEGI UNTUK MEMENUHI DBN 
Melaksanakan program-program, meningkatkan kemahiran dan teknologi maklumat, mewujudkan golongan peniaga dan pengusaha muda.




DASAR EKONOMI BARU 
• Dilancarkan pada tahun 1971-1990 melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang 
• Jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka
• Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum. 
• Mencapai perpaduan nasional melalui falsafah ‘Pembangunan dengan Pengagihan Saksama’.
• DEB berakhir pada 1990.

STRATEGI-STRATEGI
• Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.
 • Penyusunan semula corak guna tenaga. 
 • Pencapaian-pencapaian lain: sektor industri, pembangunan bandar dan luar bandar.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
 • DEB versi baru adalah dasar pembangunan dekad 90-an yang merupakan 1/3 drpd Wawasan 2020 (1991-2020). 
• Mengekalkan matlamat DEB
• Penekanan kepada menurunkan kemiskinan relatif 
• Tumpuan kepada pembangunan sumber manusia dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.
CABARAN WAWASAN 2020 
• Mewujudkan negara bersatu padu, mewujudkan masyarakat yang bebas,membangunkan masyarakat demokratik yang matang, membina sebuah masyarakat yang kukuh dan beretika membentuk masyarakat bersifat saintifik

EMPAT TONGGAK TRANSFORMASI NEGARA
-Wawasan 2020 pemeliharaan dan peningkatan perpaduan dlm kepelbagaian penyampaian berkesan perkhidmatan kerajaan kelancaran perlaksanan program pembangunan kerajaan

MODEL BARU EKONOMI (MBE)
• Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam dalam Persidangan Invest Malaysia 2010, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010.
BY: Iffah Sofiya Binti Sazali


Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA