LAPORAN PNP BAB 7 ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

Hai  kawan-kawan, pada 19 sept 2017, kami belajar mengenai bab 7 iaitu Isu-isu Keprihatinan Negara. Kami melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik TEC 2. Hari ini, kami membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia dan dasar luar kerajaan Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, objektif utama Dasar Luar Negara adalah memperlihatkan komitmen negara dalam menjaga keamanan dan kestabilan Malaysia.
Isu-isu keprihatinan negara terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, dasar luar Malaysia, pembangunan alam sekitar dan pembangunan insan. Hal ini kerana aspek aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa akan datang.





Kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai KOMANWEL iaitu Pertubuhan Negara Negara Bekas Jajahan British. Hasil penubuhan KOMANWEL Malaysia mendapat banyak faedah seperti pembangunan sektor pendidikan, pertahanan, ekonomi, teknologi dan sebagainya. Matlamat utama penubuhan KOMANWEL adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan yang baik antara semua negara bekas jajahan british



Seterusnya, kami juga ingin berkongsi berkaitan ASEAN iaitu Pertumbuhan Negara-negara Asia Tenggara. Kerjasama ASEAN mencakupi pelbagai bidang seperti ekomoni, pendidikan keselamatan bersama kebudayaan, perindustrian dan sebagainya. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dan pertubuhan ini cadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini telah dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Sehingga kini, ASEAN telah dianggotai oleh lebih 10 buah negara.


Ini merupakan topik yang terakhir bagi matapelajaran Pengajian Malaysia yang diajar oleh Pn. Hafizah binti Ahmad kepada kami. Semoga maklumat yang diberikan di dalam blog ini dapat difahami oleh rakan-rakan.


Prepared by:
Wong Xin Yi
Nur Fatin Najwa binti Mohd Khosim

Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA