BIODATA TOKOH PILIHAN KAMI :DATO MUHAMMAD BIN MAHBUB

                                                      

                                            Dato Muhammad Bin Mahbub (1920-1922)


         Dato Muhammad Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852.Beliau mendapat pendidikan rendah Melayu dan Inggeris.Ketika berumur 20 tahun,beliau berkhidmat dengan kerajaan Negeri-Negeri Selat di Singapura.Atas permintaan Sultan Abu Bakar,beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor. Beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan di Negeri Johor sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1902 dan akhirnya ke jawatan Menteri Besar pada 1920.

Pendidikan Melayu dan Inggeris telah berkembang pesat di Johor pada akhir abad ke-19.Pada tahun 1833,Johor telah menubuhkan Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Dato Bentara Dalam Mohamad Ibrahim.Munsyi Bin Abdullah dan dibantu oleh Muhammad Bin Mahbob.Pada tahun 1885,beliau dilantik menjadi Inspektor Sekolah-Sekolah Johor.


 Daripada seorang Inspektor pendidikan , beliau diberi kepercayaan memikul tugas demi tugas.Semasa Pentadbiran Residensi Muar diwujudkan pada tahun 1889.Dato Muhammad Bin Mahbob pernah memegang beberapa jawatan,antaranya ialah Pemangku Hakim Keadilan Muar,Pesuruhanjaya Polis Muar dan Komandan Timbalan Setia Negeri Muar.Antara tahun 1896 hingga 1902,beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Muar.Pada 1903,beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan.Pada tahun 1917,beliau dilantik Timbalan Menteri Besar Johor dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Dewan.pada 1909,beliau telah dianugerahakan bintang Darjah Kerabat Johor.



Apabila Dato Jaafar meninggal dunia pada 13 Julai 1919 ,Dato Muhammad Bin Mahbob dilantik memangku jawatan Menteri Besar sebelum disahkan dalam jawatan pada 6 Julai 1920.Bagaimanapun beliau sempat berkhidmat selama dua tahun sebelum bersara pada September 1922.Atas khidmatnya yang cemerlang dan hubungan baik antara Johor dan kerajaan Inggeris,beliau telah menerima anugerah binntang C.M.G daripada kerajaan British pada tahun 1912.Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 dan dikebumikan di perkuburan Bukit Mahmoodiah,Johor Bahru.







                                                                           Prepared by ; Fatin Najwa & Amira Rahman





Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA