NOTA BAB 2 ; PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
NOTA UNTUK PENGETAHUAN, LEBIH LANJUT? READ MORE IN THE BOOK :)
Pengenalan
Negara malaysia ini mencapai kemerdekaan setela melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semanagat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
PERJUANGAN KEMEDEKAAN
Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pembentukan Malaysia mula tercipta pada 27 Mei 1961 melalui ucapan perdana menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj di hotel Adelphi, Singapura. Idea ini dikemukakan kerana Tunku Abdul Rahman ingin membentuk satu penyatuan perpaduan dari segi ekonomi, politik dan sosial melibatkan persekutuan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan Jajahan British iaitu :-
· Brunei
· Sabah
· Sarawak
· Singapura
Idea ini dikemukakan juga kerana tanah melayu dan wilayah-wilayah terbabit dilihat sukar untuk berdiri dikaki sendiri (berdikari). Ianya juga dilihat berasingan dalam menghadapi sebarang persaingan diperingkat antarabangsa. Dengan cara ini juga kerjasama antara penduduk di wilayah-wilayah dapat dipertingkatkan dari segi politik, ekonomi dan social sekaligus demi menjayakan pembentukan gagasan politik baru di asia tenggara. Gagasan ini juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi.
PREPARED BY; AMIRA FATHIAH
Comments
Post a Comment