BAB 7 : ISU - ISU KEPRIHATINAN NEGARA

Assalamualaikum , di sini saya ingin memberikan sedikit ilmu untuk mengimbas kembali tentang yg kita belajari kerana nota ini amat penting disebabkan final exam semakin hampi .


Isu-isu Keprihatinan Negara terbahagi kepada tiga iaitu Dasar Luar Malaysia , Pembangunan Alam Sekitar dan Pembangunan Insan .

7.0 Pengenalan 

-Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil tahu perkara -perkara yang berlaku di negara   sendiri . hal ini kerana , sesuatu yang berlaku di sekeliling kita akan memberi kesan kepada   kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang .

7.1 Dasar Luar Malaysia

-Manusia tidak akan hidup berseorangan , anatomi ini adalah seumpama setiap negara harus ada   hubungan luar untuk mencapai matlamat tertentu . Antaranya adalah untuk menjamin pertahanan   dan  keselamatan negara dan rakyat , pembangunan ekonomi perdagangan , kerjasama antarabangsa   dan diplomasi.

-Hubungan luar atau hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau   interaksi yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara dengan   negara , bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti - entiti lain.


Terdapat faktor - faktor Pembentukan Dasar Luar antaranya ialah :




7.1.3 Penggubalan Dasar Luar Negara 

-Bagi Malaysia , amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif   menjamin keselamatan serta kemakmuran negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia   Tenggara terus berkekalan . Harus di tekankan bahawa kepentingan negara kita sebenarnya amat     meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan .

7.1.4 Objektif Dasar Luar Negara 


-Menjaga , mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa
-Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan , kedaulatan dan keselamatan Malaysia
-Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaandan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak     campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain


7.2 Pembangunan dan Alam Sekitar

-Alam sekitar merupakan tempat tinggal hidupan bagi manusia dan haiwan . Manusia dan haiwan   memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar .Pembangunan tanpa   menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara dunia pada hari ini .Kesan kepada alam   sekitar akibat perbuatan manusia begitu besar dan kini telah dapat merasai perubahan tersebut .Hal   ini dapat dilihat dengan berlakunya bencana alam yang bergitu berleluasa seperti tsunami , kemarau,   banjir besar , gempa bumi dan tanah runtuh .

Terdapat empat pencemaran iaitu pencemaran udara , air , darat dan bunyi .


7.3.1 Definisi Modal Insan

-Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan   dan kemahiran yang merangkumi nilai , etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya   yang tinggi .

7.3.2 Kepentingan Modal Insan

-Antara kepentingan modal insan adalah seperti yang berikut :
 (A)Menjana pendapatan negara
 (B)Pembangunan negara pada masa akan datang
 (C)Penentun kejayaan dan dasar-dasar kejayaan seperti wawasan 2020
 (D)Membantu kerajaan dalam membangunkan negara


By : Abd Syukur

Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA