BAB 4 - Perlembagaan Malaysia


assalamualaikum dan salam sejahtera,disini saya ingin berkongsi sedikit nota-nota ringkas yang boleh dijadikan rujukan kepada rakan-rakan sebelum menghadapi peperiksaan akhir....

4.0 Pengenalan  

Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi,beberapa sistem pemerintahan telahpun diamalkan seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Perlembagaan moden telah diperkenalkan selepas kemerdekaan pada 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.

4.1 Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan prinsip - perinsip asas yang menentukan cara-cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang,adat atau peraturan yang lazim dipakai.

4.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan 

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian nama itu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas pembentkan Malaysia.

Peranan Perlembagaan:
  • Mewujudkan pemerintahan yang adil - Walaupun perlembagaan memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi negara,tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia
  • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa - Walaupun Yang Di Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa tertentu,segala tindakan mereka adalah termaktub kepada Perlembagaan  
  • Alat penyelesaian masalah - Sebarang masalah dalam pembuatan undang - undang atau rujukan adalah berasaskan Perlembagaan.
  • Mengekalkan riwayat negara bangsa - Melalui perlembagaan,sistem pentadbiran dan perjalanan undang - undang negara dapat dilaksanakan.
  • Menjaga kestabilan negara - Terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu.
Bentuk - Bentuk Perlembagaan:
  • Perlembagaan bertulis - Kukuh dan sukar dipinda melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan yang membolehkannya dipinda.
  • Perlembagaan tidak bertulis - Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam  satu surat atau dokumen seperti, contohnya Akta Parlimen.
4.3 Keluhuran Perlembagaan 

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia:
  • Perlembagaan ialah undang - undang utama Persekutuan. 
  • Kesahan mana - mana undang - undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana - mana negeri tidak boleh dipersoalkan.
Ketertinggian Perlembagaan:
  • Parlimen - Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan.
  • Perlembagaan - Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang - undang.
  • Kedudukan YDPA - Ketua Negara, lambang taat setia rakyat dan sebagainya.
  • Kuasa perundangan - Dijalankan oleh badan perundangan dan tertakluk oleh Perlembagaan.
  • Kebebasan asasi - Elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Pindaan Perlembagaan 

  • Perkara 159(4)
  • Perkara 161(E)
Perkara - Perkara Yang Pernah Dipinda

  • Pemisahan Singapura
  • Mengenai Gender
  • Kekebalan Raja
  • Kedudukan YDPA
  • Pengurusan Bekalan Air
Proses Pindaan Perlembagaan 
  1. Rang undang - undang dibahaskan di Dewan Parlimen
  2. Bacaan Pertama
  3. Bacaan Kedua
  4. Peringkat Jawatankuasa 
  5. Bacaan ketiga - jika mendapat majoriti 2/3 suasana ahli Dewan Rakyat dan Negeri
  6. Perkenan YDPA
Perlembagaan Persekutuan 
  • Malaysia sebagai negara persekutuan
  • Mempunyai raja berperlembagaan 
  • Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
  • Islam sebagai agama rasmi
  • Memperuntukan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan 
4.4 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan:
  • Bahasa Melayu 
  • Kedudukan istimewa Raja - Raja 
  • Agama Islam
  • Kewarganegaraan 
  • Hak kebebasan asasi
  • Hak istimewa Orang Melayu, Bumiputera dan kaum - kaum lain
4.5 Kesimpulan

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang - undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.


Sekian beberapa nota ringkas yang telah saya kongsi untuk manfaat bersama. 















Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA