NOTA BAB 8 - pemikiran dan kepercayaan
PENGENALAN
-Agama melambangkan adat resam atau sistem kepercayaan.-Malaysia juga merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan.
Agama ialah satu bentuk hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa yang luar biasa serta adanya kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kewujudan hukuman di atas segala perbuatan manusia.
Kepercayaan membawa maksud masyarakat itu mempercayai akan sesuatu perkara dan ini dijelmakan dengan wujudnya pantang larang dan adat-adat dalam masyarakat tersebut.
PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA
Agama Islam
- berkembang dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15
- penyebaran melalui peranan pedagang, perkahwinan dan perdagangan
- hari penting dal am agama islam: Bulan Ramadan, Bulan Syawal, Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Hari Raya Haji, Nazul al-Quran
Agama Buddha
- agama ini dibuktikan dengan adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah
- agama Buddha diasaskan oleh Sidartha Gautama sebagai Shakyamuni
- masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taoisme, Confucious dan penyembahan nenek moyang
- perayaan utama masyarakat cina: Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Tanglung, Ching Ming, Chung
Agama Hindu
- biasanya dikaitkan dengan masyarakat india di Malaysia
- dari segi sejarah adalah berasal dari negara India
-perayaan utama masyarakat india: Hari Deepavali, Thaipusam, Tahun Baru India, Perayaan Menyambut Dewa, Ponggal
ASAS HUBUNGAN DALAM ISLAM
Berkenal-kenalan/Al-Taaruf- bermaksud manusia dijadikan oleh Allah dengan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan hidup dal am suasana yang harmoni.
Persaudaraan/Al-Ukhuwah- bermaksud Islam menganjurkan agar umatnya hidup atas landasan persaudaraan sesama Islam. Dalam hal ini, semua umat Islam adalah bersaudara.
Saling bekerjasama/Al-Tafahum- Sikap ini amat perlu bagi mengelak berlakunya prasangka buruk terhadap orang lain yang akhirnya boleh membawa kepada permusuhan dan perbalahan.
Saling berkasih sayang/Al-Mahabbah- merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia yang perlu disemai dalam setiap sanubari anggota masyarakat. Apaila ade perasaan kasih sayang, seseorang itu mampu mengelak daripada sifat-sifat keji seperti dengki, benci, permusuhan dan lain-lain lagi.
Jamin-menjamin/Al-Tadhamun- Setup masyarakat perl mempunyai perasaan ini bagi membantu mereka yang lain yang dalam kesusahan atau menghadapi masalah.
Bentuk-bentuk Toleransi Agama di Malaysia
- Sambutan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan.
- Kegiatan gotong-royong di kawasan perumahan atau kejiranan yang pelbagai bangsa, budaya dan keturunan.
- Setiap kaum menghormati agama lain.
- Semua kaum bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman.
- Kaum bukan Melayu menerima Islam sebagai agama rasmi negara.
- Kaum bukan Melayu menghormati laungan azan dan bacaan doa dalam sesuatu majlis.
- Majikan bukan Melayu membenarkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan solat sewaktu bekerja dan solat jumaat.
- Memberi cuti umum kepada semua kaum bersempana sambutan perayaan agama-agama besar seperti Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.
- Semua kaum mendapat hak yang sama dalam bidang ekonomi, politik dan social tanpa mengira bangsa dan agama walaupun wujud Hak Orang Melayu dan Bumiputera.
- Setiap kaum perlu memahami konsep makanan halal dan haram bagi orang Islam dan umat Islam juga perlu mengetahui makanan-makanan yang halal dan haram bagi bangsa-bangsa lain.
Kesimpulan
Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya. Ia tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal mewujudkan keharmonian.
Prepared By: Wong Xin Yi.
Comments
Post a Comment