#RoadToFinalExam2017

 Road To Final Exam 😊






Contoh-contoh Soalan Final Exam DUB 1012 Pengajian Malaysia
Ø  Bahagian A


1. Antara peranan kewujudan Perlembagaan kepada sesebuah negara adalah
i.            Mewujudkan pemerintahan yang adil
ii.            Membahagikan kuasa kepada pemerintah dan rakyat
iii.            Sumber rujukan undang-undang
iv.            Untuk menjaga kedaulatan negara


A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


2. Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

A. Malaysia sebuah Persekutuan
B. Agama Islam agama rasmi
C. Malaysia pernah dijajah
D. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

3. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Pertahanan
- Keselamatan Dalam Negeri
- Kewarganegaraan

Perkara-perkara di atas adalah terletak di bawah senarai

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Perdana Menteri

4. Undang-undang diri dan keluarga Islam adalah terletak di bawah kuasa

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Majlis Raja-raja
Jawapan: B

5. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

A. Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
B. Kepentingan bahasa Melayu
C. Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
D. Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu


6. Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan di bawah

A. Akta Keselamatan Dalam Negeri
B. Akta Hasutan 1948
C. Akta Dadah Berbahaya
D. Akta Jenayah


7. Majlis Raja-raja Melayu pada zaman penjajahan British dikenali sebagai
A. DURBAR
B. Majlis Mesyuarat
C. Legislatif Council
D. Mesyuarat Raja-raja


8. Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

A. Majlis Raja-raja
B. Majlis Perundangan Persekutuan
C. Perdana Menteri
D. Mahkamah Agung


9. Berikut merupakan kenyataan yang BENAR mengenai Majlis Raja-raja

i. Melantik YDPA
ii. Dianggotai oleh 9 Raja-raja Melayu dan 4 Yang Dipertua
iii. Setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-raja adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
iv. Melantik Perdana Menteri
      

       A.    i dan ii
      B.     i, ii dan iii
      C.     ii, iii dan iv
      D.    Semua di atas

10. Berikut merupakan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja KECUALI

A. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
B. Memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.
C. Membubarkan Parlimen
D. Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa-apa perkara berkaitan agama Islam


11. Kewarganegaraan Tanah Melayu boleh didapati melalui cara-cara berikut

i. Kuatkuasa Undang-undang
ii. Pendaftaran
iii.Percantuman Wilayah
iv. Naturalisasi

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


12. Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut KECUALI

A. Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
B. Menderhaka kepada raja dan negara
C. Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
D. Dibuang daerah

13. Orang Melayu mendapat hak istimewa dalam perkara-perkara berikut iaitu

i. Perkhidmatan Awam
ii. Ekonomi
iii. Pendidikan
iv. Kemasukan ke kolej swasta
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


14. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai YDPA

A.    Bertindak sebagai Ketua Negara
B.     Melantik Perdana Menteri
C.     Membubarkan Parlimen
D.    Mengisythiharkan hari raya

15. Badan Eksekutif di peringkat negeri terdiri daripada
i. Sultan
ii. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
iii. Menteri Besar
iv. Timbalan Perdana Menteri
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

16. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Bahagian
- Daerah
- Daerah Kecil
- Kampung

Struktur pentadbiran di atas merujuk kepada struktur pentadbiran negeri
A.    Sabah
B.     Sarawak
C.     Terengganu
D.    Kelantan

17. Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI
A.    Parlimen
B.     Dewan Negara
C.     Dewan Rakyat
D.    Majlis Mesyuarat Kerajaan

18. Seorang ahli Dewan Negara akan hilang kelayakan apabila

i. Tidak siuman
ii. Muflis
iii. Memperolehi kewarganegaraan asing
iv. Memegang jawatan bergaji
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas



19.  Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah

Mahkamah Tentera

Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Buruh

Mahkamah Khas Raja-raja


Mahkamah-mahkamah di atas terkandung di bawah mahkamah
A.    Mahkamah Atasan
B.     Mahkamah Rendah
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Juvana

21. Apakah mahkamah yang paling tinggi di Malaysia
A.    Mahkamah Persekutuan
B.     Mahkamah Rayuan
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Syariah

22. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Untuk mengadili umat Islam.
- Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
- Kes sivil, nafkah dan tanggungan perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya.
- Kes jenayah–berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
Ciri-ciri mahkamah di atas berkaitan dengan mahkamah
A.    Mahkamah Khas
B.     Mahkamah Syariah
C.     Mahkamah Tinggi
D.    Mahkamah Rayuan

23. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
- Membicarakan kes jenayah dan sivil.
- Kes sivil melibatkan nilai yang melebihi100,000 dan tidak lebih dari 1 juta
- Kes jenayah – membicarakan apa juga jenis kesalahan  jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati.

Ciri-ciri mahkamah di atas berkaitan dengan mahkamah
A.    Mahkamah Khas
B.     Mahkamah Syariah
C.     Mahkamah Tinggi
D.    Mahkamah Sesyen


24. ”Semasa pemerintahan _______X_______dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis.”
X di atas merujuk kepada
A.    Tunku Abdul Rahman
B.     Tun Razak
C.     Tun Hussein Onn
D.    Tun Dr. Mahathir


25. Sejak dari zaman awal lagi Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara berikut KECUALI
A. China
B. Israel
C. India
D. Arab


26. Berikut merupakan antara faktor mengapa perlu diadakan hubungan atau kerjasama antarabangsa
i.                        Keselamatan
ii.                        Kerjasama Perdagangan
iii.                        Demografi
iv.                        Ekonomi
A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas


27. Kementerian manakah yang bertanggungjawab menjalankan hubungan luar Malaysia
A.    Kementerian Luar Negeri
B.     Kementerian Perdaganagan dan Perusahaan
C.     Jabatan Perdana Menteri
D.    Kementerian Luar Bandar

28. Negara-negara yang menganggotai ASEAN adalah
i. Singapura
ii. Thailand
iii. Filipina
iv. Myanmar

A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas


29.       ZOPFAN
        SEANWWFZ

Konsep-konsep di atas ada kaitan dengan
A. PBB
B. OIC
C. ASEAN
D. KOMANWEL


30. ”Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang.”

Objektif di atas ada kaitannya dengan pertubuhan
A. ASEAN
B. OIC
C. NAM
D. EU

31. Salah satu prinsip Malaysia dalam dasar luar Malaysia  ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan. Ini bermakna

i. Malaysia mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
ii. Mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan Malaysia
iii. Malaysia memilih pendekatan menyelesaikan masalah dengan negara lain melalui perundingan.
iv. Abaikan negara yang tidak mahu bekerjasama

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas


32. Berikut merupakan perkara yang sering menimbulkan salah faham antara hubungan Malaysia dan Indonesia KECUALI

A. Pekerja asing Indonesia
B. Sempadan darat
C. Maritim
D. Bahasa


33. Malaysia pernah mengalami krisis dengan negara-negara berikut KECUALI

A. Singapura
B. Indonesia
C. Kalimantan
D. Filipina


34. Krisis yang pernah membabitkan hubungan Malaysia dan Singapura adalah
i. Harga air
ii. Perebutan Pulau Batu Putih
iii. Pengeluaran Singapura daripada Persekutuan Malaysia
iv. Buruh Asing

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas



35. Malayan Union 1946 mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI

A. Kuasa raja-raja Melayu dikekalkan
B. Diketuai oleh Gabenor Inggeris
C. Pengenalan kerakyatan Jus Soli
D. Merangkumi 9 buah negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka


36. Salah satu faktor yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union adalah disebabkan oleh pengenalan kerakyatan Jus Soli. Maksud Jus Soli adalah
i.            Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan telah tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 layak mendapat kerakyatan
ii.            Sesiapa yang lahir selepas Malayan Union akan mendapat kerakyatan Tanah Melayu
iii.            Semua rakyat British boleh menjadi warganegara
iv.            Orang yang kedua-dua ibu bapanya rakyat British

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

37. Pegawai British yang bertanggungjawab memperkenalkan Malayan Union adalah
A.    Frank Sweetenham
B.     Mac Michael
C.     Andrew Clarke
D.    W.W.Duff

38. Salah satu kesan hasil daripada pengenalan Malayan Union adalah penubuhan UMNO. Pengasas parti UMNO pada masa ini adalah
A.    Tunku Abdul Rahman
B.     Tun Abdul Razak
C.     Dato Onn Jaafar
D.    Dr. Burhanuddin

39. Rundingan Baling telah dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Rashid Maidin, David Marshall dan individu X. Siapakah individu X tersebut
A.    Chen Ten
B.     Tan Cheng Lock
C.     Ng Heng
D.    Too Joon Hing


40. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1965 mengandungi negara berikut iaitu
i.            Tanah Melayu
ii.            Singapura
iii.            Sabah
iv.            Sarawak

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


41. Merujuk kepada penubuhan Malaysia pada September 1963, manakah di antara berikut merupakan antara permintaan Brunei sekiranya ia dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia?
i.            Brunei diberi sekurang-kurangnya sepuluh kerusi Parlimen
ii.            Dibenarkan terus menguasai hasil minyak;
iii.            Memegang autonomi kewangan pada peringkat awal
iv.            Kekananan bagindada dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada baginda menjadi Sultan
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

42. Salah satu objektif penubuhan Malaysia adalah untuk membebaskan beberapa buah negara yang masih berada di bawah penjajahan British. Apakah negeri tersebut?
i. Sabah
ii. Sarawak
iii. Brunei
iv. Singapura
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


43. Dalam pilihanraya 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini disebabkan oleh
i. Ia dianggotai oleh ketiga-tiga kaum terbesar
ii. Mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan kaum dan agama
iii. Memperjuangkan pembangunan masyarakat dalam manifesto
iv. Sikap pemimpin yang mudah mesra
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas


44. Rundingan Baling pada tahun 1955 gagal kerana
A. Chin Peng atau PKM tidak mahu mengadakan gencatan senjata dan mahu kekal wujud sebagai sebuah parti yang sah.
B. Ada ahli yang tidak hadir
C. Tiada wakil British yang hadir
D. Chin Peng enggan berundur


45. A.M. Azhari mempunyai agenda sendiri apabila menentang Penubuhan Malaysia 1963. Ini kerana beliau berhasrat untuk menggabungkan Brunei, Sabah dan Darawak dalam satu pertubuhan yang dinamakan

A. Kalimantan Utara
B. Persatuan Asia Tenggara
C. Kalimantan Selatan
D. Malaysian Malaysia


46. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah
“Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memperjelaskan kesangsian Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.”

Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjelaskan kepada penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia. Apakah jawatankuasa tersebut?
A. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
B. Jawatankuasa Antara Kerajaan
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Jawatankuasa Kabinet

47. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Suruhanjaya Cobbold
i. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
ii. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold
iii. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri tersebut bersetuju.
iv. Mendapat tajaan daripada pemerintah

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     i, ii dan iii
D.    Semua di atas

48. Suruhanjaya Reid dianggotai oleh Lord Reid, Sir William McKell, Tuan B. Malik dan individu X. Siapakah X tersebut?
A. Sir Ivor Jennings
B. Sir Andrew Clarke
C. Sir Lord Landsdowne
D. Tunku Abdul Rahman




Ø  Bahagian B

Arahan :        Pilih jawapan sama ada BETUL ( B ) atau SALAH ( S ) dan tandakan pada kertas jawapan yang disediakan.


SOALAN
1.
Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia menunjukkan bahawa kebebasan beragama tidak diamalkan di Malaysia

2.
Malaysia mengamalkan sikap berbaik-baik dan mengadakan hubungan perdagangan dengan semua negara termasuk Israel.

3.
Menyalahguna jawatan atau kedudukan merupakan salah satu unsur rasuah.

4.
Pada tahun 1960, Penyata Razak telah dikeluarkan yang bertujuan memantapkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan masing-masing.

5.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang mendapat majoriti sokongan rakyat akan berkuasa untuk memerintah dan membentuk kerajaan.

6.
Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam masa 30 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diumumkan.

7.
Ahli Dewan Negara boleh memohon untuk menjadi ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

8.
Masjid adalah perkara yang berada di bawah kuasa perundangan negeri.

9.
Mahkamah syariah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan persekutuan.
10.
Perdana menteri hanya boleh dilantik dalam kalangan ahli dewan rakyat.

11.
Raja Berperlembagaan hanya terhad kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja.
           
12.
Salah satu kuasa budi bicara yang di-pertuan agong ialah bersetuju membubarkan parlimen atas nasihat perdana menteri.
13.
Menteri-menteri Kabinet dilantik oleh Perdana Menteri sendiri.

14.
Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan Ordinan.

15.
Malaysia sekarang dalam melaksanakan fasa pembangunan Rancangan Malaysia ke-10.

16.
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Malaysia mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengekalkan keamanan dunia dengan membantah segala bentuk kezaliman dan membincangkan tentang keselamatan sejagat.

17.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan.

18.
Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU).

19.
Jika seseorang ydpa hilang kepercayaan 2/3 ahli dewan rakyat, pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja bagi melantik ydpa yang baru.

20.
Penubuhan mara, pernas dan asb mempunyai kaitan rapat dengan program kerajaan memajukan ekonomi bumiputera.







Ø  Bahagian C

Soalan 1
Berikan lima peranan Majlis Raja-raja.                                                                                                                                                                                                                         (5markah)                                                                          
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 2
Nyatakan lima  tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat.
                                                                                                                                     (5markah)                                                      
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 3
Senaraikan lima faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia.                     
                                                                                                                   (5 markah)       
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 4
Nyatakan lima  ciri-ciri pendidikan pada zaman sebelum merdeka dan semasa kedatangan British ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
              (5markah)                       
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ 





By: Amir Haziq



By: Amir Haziq

Comments

Popular posts from this blog

NOTA BAB 3 - SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

NOTA BAB 5: KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

NOTA BAB 1- SEJARAH AWAL NEGARA